Inilah ummi ku yang tercinta
Just about my ummi....First of all, Ya ALLAH tempatkanlah ibuku dikalangan org2 yg beriman...berikanlah ketenangan ke atas roh ibu hamba di sana...Engkau luas dan terangkanlah kubur ibu hamba...amin Ya Rabbal a'lamin...
Ya Allah...rindu sungguh untuk menatap wajah lembut dan tenang mak....sungguh....rindu nie kadang2 tidak tertahan rasanya...hanya ALLAH yang tahu semuanya...
Mak bukan sahaja seorang ibu tetapi dialah sahabat baik yang mendengar segala keluh resah anaknya...sungguh selama ini diri ini hanya banyak bercerita dengan mak....bukan dengan org lain...sebab tue la bila mak dah tiada...tiada lagi org yg boleh ak ceritakan segalanya termasuklah abah sendiri...sebab hanya mak sahaja yg betol2 faham akan diri ini...even sekarangpon...sambil menaip air mata nie tetap mahu mengalir...Ya ALLAH berikanlah hamba kekuatan untuk meneruskan liku2 hidup ini tanpa ibuku yang tercinta....
Sekarang dalam proses menyiapkan final project....disebabkan banyak halangan dan cubaan yang terpaksa dihadapi membuatkan diri ini betol2 rasa tertekan....kebiasaannya...bile susah dan senang mesti nak call mak...bila dengar suaranya sahaja cukup membuatkan diri ini tenang dan seperti diberi kekuatan semula untuk menghadapi segala kesulitan....kini semua itu hanya tinggal kenangan...kenangan di mana mak pasti...pasti akan memberi kata2 semangat untuk diri ini supaya terus kuat menghadapi semuanya....
Banyak sungguh kenangan dengan arwah mak yang tak dapat dilupakan...cukuplah ini sahaja sebagai mukadimah medium untuk ak menceritakan segala-galanya mengenai kenangan hidup ini dengan arwah mak....
p/s: sebenarnya diri ini tidak pernah keseorang...kerana ALLAH sentiasa mendengar segala rintihan hambanya....YA ALLAH terima kasih untuk segalanya...terima kasih YA ALLAH kerana menemukan hamba dengan ibu hamba seorang insan yg sangat2 mulia bagi hambamu ini...terima kasih YA ALLAH...